Mengenai Flow Speed Control

Kawal kelajuan video anda. Flow membolehkan anda memanipulasi masa dan memberi anda perspektif terhadap detik yang dirakam.

Gabungkan teknik kelajuan tinggi dan gerak perlahan untuk menghasilkan video mengagumkan.

Flow sangat intuitif dan mudah digunakan, hanya tambah dan gerakkan titik kawalan ke atas dan ke bawah supaya video menjadi lebih laju atau perlahan daripada kelajuan terakam.

CIRI

• Tangkap video hebat menggabungkan pelbagai kelajuan begitu sahaja dan sempurnakan kemudian dengan pilihan pemetaan semula masa yang inovatif.

• Import video dari pustaka atau sumber luaran seperti GoPro atau kamera aksi yang lain.

• Anda dapat memperlahan atau meningkatkan kelajuan video sehingga 24x menggabungkan kelajuan berbeza.

• Tukar kelajuan segera, anda boleh pratonton hasilnya tanpa sebarang masa menunggu.

• Menyokong import dan eksport video “4K” resolusi tinggi ultra.

• Video yang dihasilkan dengan Flow akan dimainkan dengan cara sama dalam setiap peranti, sesuai untuk dikongsikan.

• Flow menyertakan sambungan berguna untuk video menerusi aplikasi Foto.

• Lebih daripada 40 efek video seperti di Instagram untuk digunakan pada video anda.

• Terbitkan secara langsung ke rangkaian sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan lain-lain.

• Anda juga boleh mengundurkan video anda dan mainkannya ke belakang.

• Audio pada video akan disesuaikan dengan kelajuan video menghasilkan efek hebat.

• Simpan bahagian tertentu video anda sebagai imej.

• Putar video yang anda rakamkan dalam orientasi salah.

• Pangkas video menjadi format segi empat.

• Gunakan Apple Watch sebagai kawalan jauh ketika merakam dengan Flow ( Tersedia bagi pengguna Profesional )